- Bimbing Diri Menuju Cinta-NYA
- Kenyataan MPMMJ Berhubung Isu BERSIH 3.0
- Mesyuarat Agung MPPMJ 2012 : Patah Tumbuh Hilang Berganti
- Kempen Cakna Mahasiswa SeJordan 2012
- JD 2192.15 Berjaya Dikumpul Untuk Adik Husna Dan Adik Solehah
- Program Pintar & Summer Pre Chambering Kelab Peguam Muda MPPMJ
- Pekeliling Berkenaan Dengan Global March To Jerusalem (GMJ)
- Tabung Kebajikan Untuk Adik Husna Dan Adik Solehah
- Garis Panduan Tatacara Pengurusan Kebajikan Pelajar Luar Negara
- Sajak Revolusi Syria
- Tahniah dan Takziah Buat Kepimpinan PMRAM
- Ketuanan Syari'at
- 18 Terbunuh Serangan Zionis Ke Atas Gaza
- Tour The Throne MPPMJ
- Seminar Sains dalam Islam
Save Syria: HEWI MPPMJ Turut Serta Misi Pengagihan Bantuan Kepada Pelarian Rakyat Syria
| Share |
Ramtha, Jordan – Sebuah misi telah dijalankan bagi membantu pelarian Syria di Jordan yang kian bertambah sejak beberapa bulan yang lalu. Keadaan yang semakin meruncing di negara republik itu mendesak rakyatnya untuk berhijrah ke Jordan yang terletak hanya beberapa kilometer dari negara tersebut.
Saf kepimpinan HEWI MPPMJ diketua saudari Syahirah Salwa Md Harun dan kepimpinan HEWI MPPMJ turut menyertai misi bantuan tersebut dan bertemu secara langsung dengan mangsa pelarian. Misi pengagihan bantuan bermula pada waktu tengah hari dan berakhir lewat petang.
Perasaan sedih dan hiba jelas terukir di wajah mereka. Terlihat juga garis kebimbangan mungkin tidak tenang dengan kehadiran kami kerana gusar kemungkinan yang berkunjung ini adalah mata-mata kerajaan rejim Basyar Al-Asad.

“Kisah mereka yang sangat menyentap hati menghadirkan seribu satu perasaan yang tidak terungkap. Semoga Allah menguatkan iman mereka dan menyelamatkan saudara-saudara kita di Syria. Diharapkan agar bantuan ini dapat meredakan kesedihan mereka yang berhijrah ke sini” ,kata saudari Syahirah Salwa Md Harun selaku Pengerusi HEWI MPPMJ.
Misi tersebut melibatkan kerjasama dengan NGO di Jordan iaitu Pertubuhan Kebajikan Islam dan Pusat Kebajikan Anak Yatim. Sekalung penghargaan buat mereka atas kerjasama yang tidak berbelah bahagi dan sangat menyokong usaha murni ini.Semoga usaha yang dilakukan bagi membantu saudara seakidah diberkati dan diredhai Allah s.w.t.
| Share |








