Friday, May 18, 2012
   
Text Size

Site Search powered by Ajax

Karya Islami

User Rating: / 0
PoorBest 

Share

Pembawakan dakwah adalah sesuatu yang subjektif dan boleh dilakukan dalam segenap segi. Salah satu cetusan dakwah adalah melalui penulisan. Dunia kini memperlihatkan bahawa dengan hanya kuasa mata pena, ia mampu membawa perubahan yang besar. Selain itu,penulisan yang baik dan bermanfaat adalah suatu ibadah dan diibaratkan seperti multi-level marketing dalam memperoleh ganjaran pahala di sisi Allah. Apabila karangan kita dibaca dan memberi kesedaran kepada orang ramai seterusnya dipraktikkan,setiap perlakuan memberikan saham kepada kita di akhirat kelak.

Peranan muslimah pada masa kini tidak dapat dinafikan kepentingannya. Dalam memberi sumbangan kepada masyarakat,tidak mesti seorang muslimah itu harus bijak dalam semua sudut,barulah dikatakan mencurahkan khidmat. Setiap insan dikurniakan Allah kelebihan masing-masing dan seharusnya kelebihan itu dimanfaatkan untuk diri dan masyarakat. Muslimah boleh berdakwah dengan menggunakan bidang penulisan sebagai landasan untuk lebih maju ke hadapan.

Salah satu misi penubuhan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) adalah melahirkan mahasiswi yang berketerampilan dan memupuk kemahiran modal insan srikandi Jordan.

Justeru sebagai sebuah entiti yang responsif,kami membawakan kepada anda satu program berbentuk penulisan karya yang bertujuan untuk mengetengahkan bakat penulisan srikandi Jordan. HEWI MPPMJ menyediakan medan untuk para srikandi mencurahkan kelebihan yang ada pada mereka dan mendorong untuk srikandi Jordan lebih ke hadapan di masa akan datang.

Oleh itu,kepada semua srikandi Jordan yang berbakat dalam berkarya,jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan Karya Islami yang dianjurkan. Paling menarik,karya yang terpilih akan dibukukan dan hadiah beserta sijil menanti anda. Rujuk iklan dan syarat yang ditetapkan dan hubungi ahli jawatankuasa yang berkenaan.Jangan sesekali-ragu-ragu. Moga semuanya dikira sebagai ibadah.Berikan sesuatu untuk diri dan insan di sekeliling anda..Buktikan,srikandi Jordan juga boleh!

 

Share


Kempen Infaq 1 Jordan

 

EASTpirasi : E-MAJALAH MPPMJ

 Klik Poster Untuk Membaca EASTpirasi
 

KARISMA KALI KE-5

Klik Poster Untuk Maklumat Lanjut