- Bimbing Diri Menuju Cinta-NYA
- Kenyataan MPMMJ Berhubung Isu BERSIH 3.0
- Mesyuarat Agung MPPMJ 2012 : Patah Tumbuh Hilang Berganti
- Kempen Cakna Mahasiswa SeJordan 2012
- JD 2192.15 Berjaya Dikumpul Untuk Adik Husna Dan Adik Solehah
- Program Pintar & Summer Pre Chambering Kelab Peguam Muda MPPMJ
- Pekeliling Berkenaan Dengan Global March To Jerusalem (GMJ)
- Tabung Kebajikan Untuk Adik Husna Dan Adik Solehah
- Garis Panduan Tatacara Pengurusan Kebajikan Pelajar Luar Negara
- Sajak Revolusi Syria
- Tahniah dan Takziah Buat Kepimpinan PMRAM
- Ketuanan Syari'at
- 18 Terbunuh Serangan Zionis Ke Atas Gaza
- Tour The Throne MPPMJ
- Seminar Sains dalam Islam
Semoga Nusrah Allah Bersama-Sama Saudara Kita Di Syria!
| Share |
Ahmad mandi menyucikan diri, dia mendongak kepala membiarkan pancuran air membasahi diri. Fikirannya penuh kegalauan, antara semangat dan bimbang saling bertukar ganti.
Ahmad berwudu’ dengan cukup berhemat, setiap inci anggota wajib dipastikan disirami air. Tidak ketinggalan anggota sunat.
Kemudian Ahmad menunaikan solat sunat taubat, sujud terakhirnya panjang. Terdengar esak tangis. Tempat persujudannya basah dengan air mata.
*****
Suasana jadi kelam kabut, ramai orang bertempiaran lari mencari perlindungan. peluru hidup bersimpang siur dilepaskan oleh pihak tentera. Kedengaran bunyi dentuman daripada peluru berpandu dan kelihatan beberapa tubuh melayang. Ahmad sedang bertungkus lumus menghentikan pendarahan seorang lelaki yang cedera terkena peluru sesat di dada. Dia mengangkat lelaki malang itu ke tempat yang lebih terlindung kemudian Ahmad beredar semula ke dalam kepulan asap di tengah medan untuk membantu saki baki demonstrator yang kecundang.
Sedang Ahmad berjalan sambil memicingkan mata yang pedih akibat asap yang tebal tiba-tiba dia merasakan ada cecair panas yang mengalir pada bahagian dada dan perutnya. Langkahnya terhenti. Dia tertunduk kemudian rebah menyembah bumi.
*****
Asap mula menipis, hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Kelihatan satu jasad lelaki terbaring tidak bergerak-gerak. Badannya berlumuran darah yang masih tidak berhenti mengalir. Tergarit secebis senyuman pada wajah pucat lelaki itu.
Ahmad berjaya menggapai cita-citanya untuk mati syahid.
Hampir 11 bulan pergolakan di Syria berlangsung sejak Mac 2011. Kebangkitan yang bermula ekoran penindasan dan tekanan oleh kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad keatas rakyatnya menyebabkan rakyat bangkit dan menuntut perubahan.
Kebangkitan ini dibalas dengan keganasan oleh rejim Bashar Al-Assad. Rakyat yang berdemostrasi ditangkap dan diseksa dalam tahanan. Demostrasi dihentikan dengan kekerasan. Mata-mata dihantar untuk menangkap sesiapa yang disyaki menentang pemerintahan rejim Bashar Al-Assad.
Sehingga kini lebih 8500 rakyat telah terkorban di mana 600 daripadanya terdiri daripada kanak-kanak serta bayi yang masih kecil. Hampir 40,000 orang disahkan tercedera dan kebanyakan mereka tidak mendapat rawatan yang sempurna. Manakala 180,000 rakyat Syria yang bangkit menentang kekejaman Bashar Al-Assad kini dipenjarakan. Angka-angka ini terus meningkat dari hari ke hari.

Baru-baru ini, dunia dikejutkan pula dengan berita pengeboman Bandar Homs menggunakan peluru berpandu yang mengakibatkan lebih 400 orang maut dan ramai tercedera. Bashar Al-Assad bagaikan mengulang sejarah yang pernah dilakarkan oleh ayahnya Hafez Al-Assad yang telah mengebom Bandar Homs pada 1982 dan mengorbankan 46,000 nyawa.
Keganasan rejim Bashar Al-Assad telah dipertahankan oleh dua kuasa besar dunia iaitu China dan Russia. Pada 5 Februari lepas, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan satu resolusi bagi menghantar pasukan tentera pengaman ke Syria bagi mengawal situasi. Malangnya, China dan Russia telah menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkan resolusi tersebut.
Dalam pada itu, Liga Arab Bersatu telah sebulat suara mengenakan sekatan ke atas Syria sehinggalah keganasan ke atas rakyatnya dihentikan. Beberapa Negara arab telah mula mengarahkan kedutaan Syria ditutup dan menghentikan sebarang hubungan dengan kerajaan Syria.
Kesatuan Ulama Sedunia di bawah pimpinan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi juga telah mengambil langkah mengecam tindakan rejim Bashar Al-Assad dan mengisytiharkan sokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Beliau mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Syria yang terkorban dalam keganasan ini adalah mati syahid. Kesatuan ini juga menggesa seluruh umat Islam bangkit dan bertindak menghulurkan bantuan dalam krisis ini.
Atas keprihatinan dan semangat ukhuwah Islamiyah, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) menyeru seluruh umat Islam khususnya mahasiswa Malaysia di Jordan supaya mendoakan kesejahteraan buat rakyat Syria. Didoakan juga agar kemenangan berpihak kepada Islam.
Selain itu, dalam usaha melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap isu umat Islam. Mahasiswa perlu menyumbang dalam memberi kefahaman dan menyebarkan krisis yang berlaku di Syria kepada orang lain melalui pelbagai medium seperti ceramah, blog persendirian ataupun menyebar maklumat di dalam laman sosial seperti Twitter, facebook dan sebagainya.
Mahasiswa juga digalakkan membantu pelarian daripada Syria yang kini mencari perlindungan di negara jiran seperti Jordan. Bantuan dalam bentuk kewangan dan pakaian musim sejuk sangat diperlukan oleh mereka.
Semoga Nusrah Allah bersama-sama saudara kita di Syria!
| Share |








