- Bimbing Diri Menuju Cinta-NYA
- Kenyataan MPMMJ Berhubung Isu BERSIH 3.0
- Mesyuarat Agung MPPMJ 2012 : Patah Tumbuh Hilang Berganti
- Kempen Cakna Mahasiswa SeJordan 2012
- JD 2192.15 Berjaya Dikumpul Untuk Adik Husna Dan Adik Solehah
- Program Pintar & Summer Pre Chambering Kelab Peguam Muda MPPMJ
- Pekeliling Berkenaan Dengan Global March To Jerusalem (GMJ)
- Tabung Kebajikan Untuk Adik Husna Dan Adik Solehah
- Garis Panduan Tatacara Pengurusan Kebajikan Pelajar Luar Negara
- Sajak Revolusi Syria
- Tahniah dan Takziah Buat Kepimpinan PMRAM
- Ketuanan Syari'at
- 18 Terbunuh Serangan Zionis Ke Atas Gaza
- Tour The Throne MPPMJ
- Seminar Sains dalam Islam
Save Syria : MPPMJ Lancar Misi Pengagihan Bantuan Kepada Pelarian Rakyat Syria
| Share |
Ramtha, 18 Februari : Dunia hari ini menyaksikan krisis yang berlaku di Syria akibat kebangkitan rakyatnya menentang Rejim Basyar Al-assad. Setiap hari kita mendengar berita rakyat Syria terkorban akibat tindak balas agresif kerajaan Syria terhadap kebangkitan tersebut. Isu yang cukup hangat diperkatakan kini dan perlukan kepada pemerhatian dan kecaknaan selaku seorang yang bergelar muslim.
Berikutan itu, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) telah mengadakan satu lawatan khas yang diketuai oleh Presiden MPPMJ, Ustaz Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi ke Ramtha yang terletak berdekatan dengan sempadan Syria untuk bertemu dengan pelarian rakyat Syria yang kini mendapat perlindungan di sana.Tujuan rombongan MPPMJ ke sana adalah untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan sedikit beban yang dihadapi sambil mendapatkan situasi sebenar pergolakan yang berlaku di Syria.

Rombongan ini telah disambut oleh Yayasan Kebajikan Ramtha yang mengambil tanggungjawab memberikan perlindungan kepada pelarian rakyat Syria di Jordan. Penerangan khas diberikan oleh wakil yayasan tersebut berkaitan dengan situasi pelarian dan keperluan mereka.
Selepas itu, rombongan telah dibawa berkunjung ke rumah yang didiami oleh beberapa keluarga yang menjadi pelarian, masa diluangkan untuk bertanya khabar dan mendengar kisah pahit yang mereka lalui sebelum berjaya mendapatkan perlindungan di negara jiran iaitu Jordan.
Presiden MPPMJ telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga yang terbabit. Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa Malaysia di Jordan diseru untuk bersama-sama memberikan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban mereka yang juga merupakan saudara kita. Tabung kebajikan telahpun mula diedarkan di setiap mantiqah.
Disamping itu, sama-sama kita mendoakan agar Allah memberikan kesabaran dan kekuatan kepada saudara kita yang berjuang di Syria sana.

| Share |








