Friday, May 18, 2012
   
Text Size

Site Search powered by Ajax

Yuran Universiti Yarmouk Berjaya Dikekalkan

User Rating: / 0
PoorBest 

Share

Amman, 27 Sept - Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan [MPPMJ] merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia [KBM] dan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan [JPMJ] yang banyak membantu MPPMJ dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan pelajar baru di Universiti Yarmouk.

Presiden MPPMJ, Saudara Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi bersama Pengarah JPMJ membincangkan langkah-langkah yang mungkin akan diambil sekiranya yuran tetap dinaikkan.

 

Berkaitan isu kenaikan yuran yang melibatkan pelajar baru di Universiti Yarmouk baru-baru ini, banyak menimbulkan kerisauan di peringkat pelajar dan seluruh kepimpinan Persatuan.

Kenaikan yuran yang ditetapkan oleh Universiti Yarmouk buat pelajar baru bagi sesi 2011-2012 hampir tiga kali ganda (Yuran Mawazi) daripada kadar yuran sebelum ini (Yuran 'Adi).

Hasil usaha keras pihak KBM dan JPMJ dalam membantu MPPMJ menyelesaikan masalah ini, pihak Universiti Yarmouk bersetuju menurun dan mengekalkan kembali kadar asal yuran seperti tahun-tahun sebelum ini. Iaitu kadar yang sama dengan yuran rakyat tempatan Jordan (Yuran 'Adi) .

Yuran yang telah dibayar oleh pelajar baru pada fasal baru ini tidak akan dipulangkan namun, ia akan dibawa ke fasal yang berikutnya.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi  kesyukuran buat Allah Azzawajal diatas nikmat yang tidak terhingga besarnya. Setelah beberapa kali pertemuan dan perbincangan dibuat bersama Jabatan Penuntut Malaysia Jordan [JPMJ], akhirnya yuran bagi pelajar baru Universiti Yarmouk dapat diturunkan ke harga yang asal. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak yang banyak membantu MPPMJ didalam usaha mengekalkan kembali yuran Universiti Yarmouk ke harga asal khususnya pihak  KBM, JPMJ dan seluruh teman-teman kepimpinan yang turut bersama”. Ujar Presiden MPPMJ, Saudara Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi mengenai isu ini.

 

Pengarah JPMJ, Prof. Madya Dr. Azidan Bin Abdul Jabar

 

Penolong Pegawai Atase Pendidikan, Ustaz Saifuddin Bin Hussin

 

Seluruh kepimpinan MPPMJ  mengucapkan jutaan terima kasih buat semua pihak atas usaha keras dan kerjasama dalam membantu menangani isu ini khususnya buat pihak Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI), KBM dan JPMJ.

 

YURAN PENGAJIAN
YURAN 'ADI (JOD)
YURAN MAWAZI (JOD)
Yuran Kemasukan
(1x sahaja sepanjang pengajian)
60.000
250.000
Yuran semester:
i-semester wajib
ii-semester pilihan(soifi)
50.000
25.000
110.000
55.000
Yuran Subjek:
1 jam kredit
1subjek (3jam kredit)
16.000
48.000
40.000
120.000

Yuran Universiti Yarmouk dikekalkan sebagai yuran 'adi

Share


Kempen Infaq 1 Jordan

 

EASTpirasi : E-MAJALAH MPPMJ

 Klik Poster Untuk Membaca EASTpirasi
 

KARISMA KALI KE-5

Klik Poster Untuk Maklumat Lanjut