Friday, May 18, 2012
   
Text Size

Site Search powered by Ajax

Isu Syria : SMATT Selaras Solat Hajat Dan Kempen Prihatin Syria

User Rating: / 0
PoorBest 

Share

Berhubung isu kemanusiaan di Syria yang melihatkan pembunuhan umat Islam di Syria oleh tentera di bawah pemerintahan Rejim Bassar Asad, maka SMATT (Solidariti Mahasiswa Timur Tengah) menyatakan pendirian mengecam tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan tersebut.

SMATT yang terdiri daripada Persatuan Mahasiswa di Malaysia, Jordan, Yaman, Syria, Morocco, Sudan dan Arab Saudi berdiri teguh di belakang para ulama dalam mendesak agar negara Islam dan Liga Arab agar membuat sesuatu tindakan yang serius agar dapat menghentikan perbuatan zalim tersebut.

SMATT juga menyeru agar semua mahasiswa/wi Islam agar sama-sama cakna dengan isu yang berlaku di Syria.

SMATT telah menghubungi persatuan-persatuan di peringkat Malaysia dan antarabangsa yang lain agar turut sama untuk mengambil tindakan agar isu Syria ini mendapat perhatian oleh semua mahasiswa di dunia. Dan hasil perbincangan yang telah dilakukan, SMATT akan menyelaraskan beberapa perkara iaitu :

  • Solat hajat untuk umat Islam di Syria pada 16 Februari ini.
  • Pelancaran Kempen Prihatin Syria dan kutipan sumbangan bermula pada 16 Februari ini.
  • Memberikan penerangan semasa berkaitan isu Syria kepada mahasiswa Islam
  • Bersiap sedia untuk menghulurkan sebarang bantuan

Justeru, SMATT menjadi medium suara bagi mahasiswa di Timur Tengah dalam menggeraklan sebarang agenda yang berkaitan dengan sensitiviti Islam dan mahasiswa Islam. Dengan isu yang berlaku ini, SMATT juga akan menyusun perancangan lagi demi menghulurkan bantuan kepada umat Islam di Syria yang dizalimi.

 

 

Tabung untuk pelarian rakyat Syria di Jordan telah dilancarkan di seluruh mantiqah

 

Share


Kempen Infaq 1 Jordan

 

EASTpirasi : E-MAJALAH MPPMJ

 Klik Poster Untuk Membaca EASTpirasi
 

KARISMA KALI KE-5

Klik Poster Untuk Maklumat Lanjut