- Bimbing Diri Menuju Cinta-NYA
- Kenyataan MPMMJ Berhubung Isu BERSIH 3.0
- Mesyuarat Agung MPPMJ 2012 : Patah Tumbuh Hilang Berganti
- Kempen Cakna Mahasiswa SeJordan 2012
- JD 2192.15 Berjaya Dikumpul Untuk Adik Husna Dan Adik Solehah
- Program Pintar & Summer Pre Chambering Kelab Peguam Muda MPPMJ
- Pekeliling Berkenaan Dengan Global March To Jerusalem (GMJ)
- Tabung Kebajikan Untuk Adik Husna Dan Adik Solehah
- Garis Panduan Tatacara Pengurusan Kebajikan Pelajar Luar Negara
- Sajak Revolusi Syria
- Tahniah dan Takziah Buat Kepimpinan PMRAM
- Ketuanan Syari'at
- 18 Terbunuh Serangan Zionis Ke Atas Gaza
- Tour The Throne MPPMJ
- Seminar Sains dalam Islam
Mahasiswa Malaysia di Jordan Sedia Terima Mahasiswa Malaysia Dari Syria
| Share |

Amman, 19 Februari : Berikutan krisis kebangkitan rakyat Syria menentang kekejaman rejim Basyar Al-Assad yang kini kian meruncing, lebih 140 pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Syria dikhabarkan bakal dipindahkan ke Jordan.
Krisis yang telah berlanjutan hampir setahun kini telah mengorbankan lebih 8500 rakyat Syria dan berpuluh-puluh ribu lagi ditangkap atau mendapatkan perlindungan di negara jiran. Baru-baru ini dunia dikejutkan pula dengan berita pengeboman ke atas bandar Hama oleh rejim Basyar al-Assad.
Melihatkan keadaan yang semakin membimbangkan, Persatuan Pelajar Malaysia Syria(PPMS) mengumumkan bahawa proses evakuasi pelajar yang kini masih berada di Syria akan dimulakan. Pengumuman ini disambut baik oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ), Saudara Muhammad Hussin Bin Fauzi. Beliau telah membuat pemakluman kepada semua kepimpinan Persatuan Zon (PZ) supaya bersedia untuk menerima mahasiswa Malaysia dari Syria.
Saudara Hussin dipetik sebagai berkata. “Memandangkan apa yang berlaku di Syria semakin teruk dan membimbangkan, kami mengambil langkah bersedia untuk menerima perpindahan mahasiswa Malaysia yang kini berada di Syria ke Jordan. MPPMJ melalui Persatuan Zon akan memantau proses perpindahan ini dan bersedia untuk memberi sebarang bantuan yang diperlukan. Apapun kita masih menunggu makluman daripada PPMS dan kedutaan Malaysia di Syria untuk sebarang tindakan lanjut.”
Selain itu, rakyat Malaysia yang berada di Jordan ditegah daripada memasuki Syria atas apa jua alasan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sebarang makluman atau persoalan boleh diutarakan kepada :
Muhammad Hussin Bin Fauzi
Presiden MPPMJ
+962779216790
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Ahmad Muhammad Syamil Bin Shuhardi
Pengerusi Biro Perhubungan & Kemasyarakatan MPPMJ
+962779669813
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
| Share |








