Friday, May 18, 2012
   
Text Size

Site Search powered by Ajax

Kita Diancam Rasa

User Rating: / 0
PoorBest 

Share

“TEPUKLAH, AKAK TUNGGU.”

“Tepuklah akak jadi imam. Akak nak solat sekali.” Bisik saya dalam hati, sedang solat rakaat kedua di surau Arabella Mall apabila seorang adik masuk ke surau tersebut dan hendak menunaikan solat juga.

Isunya bukan perlu tepuk,sentuh,usik atau tidak, untuk menjadi makmum kepada imam yang asalnya solat seorang diri.

Dan isunya bukan solat yang tidak khusyuk kerana boleh perasan ada kehadiran orang lain.

Isunya bukan Arabella Mall,bukan.

Isunya adalah ukhuwwah. Isunya adalah ‘barrier’ antara kita.

Saya tahu, ahli PERMAI kebanyakannya sudah ‘matang’ dalam beragama. Kebanyakannya sudah cinta dengan biah solehah yang sekian lama dipupuk dalam keluarga kita, keluarga PERMAI. Kebanyakannya suka solat berjemaah, baca ma’thurat dan lain-lain.

Tetapi, apabila berlaku situasi di atas, kecewa saya kerana adik tersebut tidak pun ‘menepuk’ saya untuk menjadikan saya imam, dan dia makmum. Sebaliknya dia solat jauh di belakang.

Saya tahu,ini bukan masalah tidak mahukan pahala 27 kali ganda yang dijanjikan Allah melalui hadith-hadith nabi, tapi ini bukti jurang antara kita. Kerana pastinya, kita semua sudah sebati dengan jiwa ‘berjemaah’.

Saya agak,adik itu segan dengan saya. Adik itu takut. Adik itu tidak biasa dengan saya.

Selaku ‘kakak’, saya terus terang bahawa sayalah yang paling gembira jika saat itu, adik tersebut datang dan terus bermakmumkan saya. Sekiranya kami solat bersama ketika itu,seusai solat, jika sebelum ini ketakutan, Allah akan gantikan dengan kemesraan. Jika sebelum ini dia segan, Allah akan gantikan dengan ‘kamceng’ nya kami. Jika tidak biasa alasannya, Allah akan tumbuhkan kasih sayang antara kami, berkat solat jemaah yang didirikan.

Situasi yang sama berlaku di mana-mana. Di surau university, di masjid, atau surau lain. Kadangkala kita teragak-agak untuk menjadikan ‘kakak’ atau ‘adik’ PERMAI yang lain sebagai imam kita. Entah mengapa begitu.

 

Kadangkala berat untuk kita menuturkan “akak, nak solat sekali boleh?” atau “dik, jom solat sekali dengan akak”.

 

Adik beradik saya yang dikasihi Allah sekalian,ketahuilah bahawa antara kita semua Allah telah wujudkan satu ikatan persaudaraan dan kasih sayang yang perlu disuburkan dan dibajai. Jika kita tidak menyuburkannya dalam hal-hal mengajak kepada kebaikan sebegini, pastilah syaitan akan mengajak kita agar ‘berjemaah’ dalam perkara-perkara keburukan.

 

Maka, suburkan dan mekarkanlah bumi irbid ini dengan cinta dan kasih sayang dalam melakukan amal soleh secara berjemaah. Kita tidak mahu ada yang tertinggal antara kita. Jika kita terasa hendak buat sesuatu,ajaklah semua sahabat. Kerana kita mahu lihat semua wajah-wajah ini di syurga.

 

Jika di bahagian syabab, ukhuwah mereka adalah dengan tiadanya budaya ‘abang’ dan ‘adik’ , biarkanlah. Jika tiada kedengaran panggilan senior dan junior di antara mereka, tetapi kita ada, biarkanlah.

Ukhuwah kita asasnya sifat kakak yang suka apabila adiknya bertanya, dan merujuk. Ukhuwah kita asasnya sifat adik, yang suka belajar,dan mencontohi. Ukhuwah kita asasnya adalah kasih sayang antara kakak dan adik.

 

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara mereka dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”

Al-Hujraat:10

Selamat menghadapi peperiksaan. Doakan kejayaan dunia dan akhirat kita semua InsyaALLAH.


Siti Fatimah binti Ismail
Ketua Helwi PERMAI

Share


Kempen Infaq 1 Jordan

 

EASTpirasi : E-MAJALAH MPPMJ

 Klik Poster Untuk Membaca EASTpirasi
 

KARISMA KALI KE-5

Klik Poster Untuk Maklumat Lanjut